Thursday, 17 November 2016
Purata keputusan UPSR kecundang
Awal hari ini, keputusan UPSR yang diumumkan di rata rata sekolah dalam Malaysia, telah memberikan pelbagai reaksi yang mengejutkan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat.
Dengan hanya 1.11 peratus daripada 440,782 calon UPSR di seluruh Malaysia yang mendapat straight A telah membawa pelbagai reaksi masyarakat sama ada yang positif mahupun yang negatif.
Difahamkan juga bahawa, mereka ini merupakan batch pertama pelajar yang menggunakan sistem KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah ) yang menduduki UPSR pada tahun ini.
Semoga segala kelemahan dan kekurangan sistem KSSR tersebut diperbaiki dan dibaikpulih bagi melahirkan pelajar yang berwibawa dan berfikir jauh di hadapan kelak.
Dan pada masa yang sama, buat ibu bapa dan calon sendiri, usaha telah dilakukan oleh semua pihak, sama ada pelajar, guru, mahupun ibu bapa sendiri bagi memastikan keputusan cemerlang anak anak tuan dan puan pada UPSR tersebut. Semoga semua pihak redha akan apa sahaja keputusan yang mereka terima.
p/s : Sebaik baik perancang , adalah Tuhan itu sendiri. Maka, semoga kita redha dan menghadapi segala kelemahan dan memperbaiki bagi masa hadapan kelak.
No comments :
Post a Comment