Friday, 18 November 2016

Lima maut akibat nahas kemalangan

Dua kenderaan yang dipandu di sekitar Kilometer 77 Jalan Kota Tinggi - Mersing berhampiran dengan FELCRA Sungai Ara telah mengalami kemalangan maut, mengakibatkan 5 mangsa kesan daripada tragedi tersebut terbunuh.

Mangsa yang terlibat dalam nahas kemalangan tersebut ialah

     1. Md Shafi'i Kassim (56 tahun).

     2. Asnah Kassim (54 tahun).

     3. Siti Nurullfarhah (20 tahun).

     4. Sazumi Yahya (55 tahun).

     5. Nora Atika Sazumi (13 tahun).

Difahamkan juga, kenderaan yang terlibat dalam nahas kemalangan tersebut ialah dua buah kenderaan buatan tempatan iaitu Proton Saga FLX dan Perodua Alza.

Semoga keluarga mangsa terus tabah dengan apa yang menimpa diri mereka, sesungguhnya segala ujian yang melanda datang daripada Allah, dan hanya Allah jualah Pemilik Segalanya.

p/s : Takziah buat keluarga mangsa, moga sentiasa tabah menghadapi hari hari yang mendatang.

No comments :

No comments :

Post a Comment