Tuesday, 29 November 2016


November 29, 2016 at 07:22PM
I created this video with the YouTube Video Editor (http://www.youtube.com/editor)

Wawa Zainal Nafi Cemburu Dengan Aeril Zafrel

Monday, 28 November 2016


November 28, 2016 at 04:38PM
Lufya Omar kini sah bergelar isteri. Dikahwinkan oleh bapanya sendiri, Sheikh Omar Sheikh Abdullah. Dia digandingkan dengan Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November, Sabtu lepas. Jangan lupa subscribe !

Lufya Omar Kini Bergelar Isteri


November 28, 2016 at 03:59PM
Video Neelofa menemankan Fattah Amin sewaktu sedang bermain futsal. Pft suwit gitu :o Do subscribe !

Neelofa Temankan Fattah berfutsal - #LOFATTAH

Saturday, 26 November 2016

Kau rasa kau hebat ?
Bertopengkan amalan , meneroka segenap dunia dengan perbuatan syaitan ?
Sampai bila kau nak hukum diri tiap kali kau berbuat keji ?
Masalah ni nak salahkan siapa lagi ?

Kemon dude. Fikir pakai otak lah sikit.
Kau hidup pun sapa yang bagi ?
Kau bernafas , oksigen tu sapa yang kasi ?
Kau ingat, dosa dosa kau yang Allah tangguh dia punya hukuman tu, bila kau nak mati , kau bertaubat, taubat kau diterima ?
Kau ingat senang taubat nak diterima

Sudah sudah lah tu dalam lembah kemaksiatan.
Maksiat kat sini, bukan benda ' geli geli ' je dude.
Maksiat ni , kita kena lihat dalam skop yang luas.

The widest scope is , maksiat ialah perkara yang bertentangan dengan syariat Allah ( kalau aku tak silap , kalau silap mohon komen ya ).
Segala amalan syaitan yang kau , aku dan semua manusia lain buat.

Ego untuk bertaubat, dan menyembah Allah, ada dalam diri semua manusia.
Kau , aku dan semua manusia.
Jangan pernah berdoa akan taufik dan hidayahNya.
Sesunggunya, hanya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah tak pernah kejam dengan manusia dengan sentiasa mengotakan janjiNya.
SENTIASA ! Just the matter of time. Samada semalam, hari ini atau masa akan datang.

Bersabarlah dalam menempuh ujian.
Sesungguhnya, ujian sebegini merupakan anugerah buat hamba hambaNya yang kuat dalam diri mereka.

Ego dengan Tuhan ?

Thursday, 24 November 2016

Tak boleh move on dari relationship lama dengan manusia entah apa apa tu ?
Padahal dia dah dengan orang lain ?
Rasa lain macam tanpa si dia ?
Dah tu, aku tgk, hang dah berapa belas kali curang dengan Allah, tak kata apa pulak ?

Padahal Allah tu first relationship yang hang buat daripada hang bayi lagi.
Hang tak ingat Allah, tap hang duk ingat laki / pompuan mana tah yang entah betui jodoh hang ka tak tu ?

Kemon la. Kejar cinta ilahi, cinta manusia akan kejar menanti. Tak payah nak kejar benda tak pasti. Tunaikan hak kita sebagai hamba Allah, Allah akan bagi apa yang sepatutnya untuk kita. Bak pepatah Obomok, ' What you gave you get back'.

Hang jangan duk kira manusia tu kejam manusia ni kejam, padahal hang yang kejam dengan Allah. Hak Allah hang tak tunaikan, hang pompuan laki mana tah yang entah jodoh hang ka tak tu, hang pi layan.

Yang laki, orang suruh berjemaah kat surau/masjid, time maghrib duk merempit. Yang pompuan, parent suruh duk rumah diam diam jaga diri, depa keluaq sampai pagi buta jaja badan macam maruah depa tu daun kering.

Boleh kutip bila bila masa nak.
Bayangkan, Rasulullah dekat dengan kita, apa perasaan baginda ? Baginda tinggal semua dah lengkap, tapi kita ikut budaya mana ? Allahu. Sama sama muhasabah. Mana elok dari Allah. Mana buruk, dari diri sendiri juga.

Relationship dengan Allah ?

Sunday, 20 November 2016



Pesakit cuma mengizinkan rakaman sesi rawatan dalam bentuk audio sahaja tanpa gambar.

Hanya pesakit yang tahu azab & seksa apabila tubuhnya dihuni oleh 5 ekor jin, bersarang & beranak-pinak.

Ambil ini sebagai pengajaran .. Jika anda atau kenalan menghadapi masalah yang serupa sila dapatkan rawatan secepat mungkin.

Bagi yang tidak pernah mengalami gangguan seperti ini, persiapkanlah diri anda dengan pendinding & ilmu sekarang !

Tarikh rawatan : Hari ini (19 Nov. 2016)

Waktu rawatan : 4 petang hingga 7.30 petang

Lokasi : Pusat Perubatan Alternatif ASMMA & Rahsia Syahadah, Taman Melati, Kuala Lumpur.

Perawat : Tuanku Panji Alam, Datuk Paduka Nila Pahlawan & TM Wan M. Fikri

Jenis masalah : Gangguan makhluk halus (jin) yang bersarang di bahagian hulu hati.

Kaedah rawatan : Pesakit merawat diri sendiri dengan bantuan/bimbingan perawat (rawatan tanpa sentuhan)

Original Link : Reezal AQ ( Facebook )

Rawatan buat pesakit yang menjadi sarang jin beranak pinak sebanyak 5 ekor

Friday, 18 November 2016

Dua kenderaan yang dipandu di sekitar Kilometer 77 Jalan Kota Tinggi - Mersing berhampiran dengan FELCRA Sungai Ara telah mengalami kemalangan maut, mengakibatkan 5 mangsa kesan daripada tragedi tersebut terbunuh.

Mangsa yang terlibat dalam nahas kemalangan tersebut ialah

     1. Md Shafi'i Kassim (56 tahun).

     2. Asnah Kassim (54 tahun).

     3. Siti Nurullfarhah (20 tahun).

     4. Sazumi Yahya (55 tahun).

     5. Nora Atika Sazumi (13 tahun).

Difahamkan juga, kenderaan yang terlibat dalam nahas kemalangan tersebut ialah dua buah kenderaan buatan tempatan iaitu Proton Saga FLX dan Perodua Alza.

Semoga keluarga mangsa terus tabah dengan apa yang menimpa diri mereka, sesungguhnya segala ujian yang melanda datang daripada Allah, dan hanya Allah jualah Pemilik Segalanya.

p/s : Takziah buat keluarga mangsa, moga sentiasa tabah menghadapi hari hari yang mendatang.

Lima maut akibat nahas kemalangan

p/s : Kehkeh. Ganbatte !

Credit : ( Facebook ) MGAG

Teknik Belajar Untuk Belajar Pada SPM 2017 ?

Thursday, 17 November 2016

Awal hari ini, keputusan UPSR yang diumumkan di rata rata sekolah dalam Malaysia, telah memberikan pelbagai reaksi yang mengejutkan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Dengan hanya 1.11 peratus daripada 440,782 calon UPSR di seluruh Malaysia yang mendapat straight A telah membawa pelbagai reaksi masyarakat sama ada yang positif mahupun yang negatif.

Difahamkan juga bahawa, mereka ini merupakan batch pertama pelajar yang menggunakan sistem KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah ) yang menduduki UPSR pada tahun ini.

Semoga segala kelemahan dan kekurangan sistem KSSR tersebut diperbaiki dan dibaikpulih bagi melahirkan pelajar yang berwibawa dan berfikir jauh di hadapan kelak.

Dan pada masa yang sama, buat ibu bapa dan calon sendiri, usaha telah dilakukan oleh semua pihak, sama ada pelajar, guru, mahupun ibu bapa sendiri bagi memastikan keputusan cemerlang anak anak tuan dan puan pada UPSR tersebut. Semoga semua pihak redha akan apa sahaja keputusan yang mereka terima.

p/s : Sebaik baik perancang , adalah Tuhan itu sendiri. Maka, semoga kita redha dan menghadapi segala kelemahan dan memperbaiki bagi masa hadapan kelak.

sumber : Astro Awani

Purata keputusan UPSR kecundang

Dwayne Johnson atau nama gelarannya The Rock yang sangat terkemuka dalam kalangan peminat WWE ( World Wrestling Entertainment ) bercadang untuk bertanding bagi pilihanraya seterusnya di Amerika Syarikat bagi menggantikan tempat Donald Trump kelak.
Dengan pengaruh beliau sendiri, sebagai seorang wrestler dan juga seorang selebriti, tidak hairanlah jika ramai peminat beliau akan sentiasa menyokongnya dalam langkahnya untuk bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat yang seterusnya.
p/s : Kalau The Rock yang bertanding , nak vote untuk election akan datang boleh tak ? HAHAHAHAHAHA
sumber : Sinar Harian

The Rock bercadang untuk bertanding pilihanraya Amerika Syarikat