Wednesday, 30 December 2015
Seperti yang kita tahu, beberapa hari lepas kita digemparkan dengan isu air laut di Kuantan yang bertukar kemerah merahan angkara hujan tanpa henti dan beberapa akiviti yang tidak diingini. Oleh yang demikian pihak Jabatan Alam Sekitar telah memulakan siasatan terhadap insiden yang berlaku dan menakutkan penduduk sekitar Kuantan ini. Siasatan dilakukan sepanjang pesisir pantai dari Sungai Pengorak hingga Pantai Batu Hitam.
Zainal Abidin Abdullah yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) , Pahang berkata bahawa sepasukan pegawai JAS dan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) ke lokasi kejadian dan kawasan sekitar bagi mengambil sampel contoh air laut yang tercemar tersebut untuk dilakukan analisis.
sumber gambar Google
Insiden seperti ini pernah berlaku di sekitar Tanjung Gelang pada Mei lepas kemudian kembali berulang pada semalam dan kali ini ia berlaku di sepanjang Sungai Pengorak hingga ke Pantai Batu Hitam. Perubahan warna air tersebut dilihatkan perubahannya sejak pagi semalam iaitu selepas daerah Kuantan dilanda hujan lebih daripada 24jam.
Terdapat juga rungutan bahawa perubahan warna air laut itu akibat daripada aktiviti perlombongan bauksit yang tempat stok penyimpanannya terletak berhampiran Pelabuhan Kuantan, yang merupakan tidak jauh daripada kawasan perkampungan penduduk Sungai Pengorak.
p/s : Dari pihak BK, kami harap isu ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin agar laut di sepanjang daerah Kuantan dapat digunakan dengan sebaik mungkin insyaALLAH.

Kata Ketua Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar tersebut juga, fokus utama mereka sekarang adalah untuk mencari pokok pangkal kejadian ini berlaku kerana lazimnya pada musim tengkujuh, pelbagai elemen elemen yang tidak diingini mengalir ke laut seperti dari jalan raya atau aktiviti perlombongan. Mereka juga akan melakukan analisis konten logam dalam air tersebut bagi mengetahui faktornya sama ada ia boleh memberi impak yang negatif terhadap masyarakat setempat.
sumber gambar Google
Insiden seperti ini pernah berlaku di sekitar Tanjung Gelang pada Mei lepas kemudian kembali berulang pada semalam dan kali ini ia berlaku di sepanjang Sungai Pengorak hingga ke Pantai Batu Hitam. Perubahan warna air tersebut dilihatkan perubahannya sejak pagi semalam iaitu selepas daerah Kuantan dilanda hujan lebih daripada 24jam.
Terdapat juga rungutan bahawa perubahan warna air laut itu akibat daripada aktiviti perlombongan bauksit yang tempat stok penyimpanannya terletak berhampiran Pelabuhan Kuantan, yang merupakan tidak jauh daripada kawasan perkampungan penduduk Sungai Pengorak.
p/s : Dari pihak BK, kami harap isu ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin agar laut di sepanjang daerah Kuantan dapat digunakan dengan sebaik mungkin insyaALLAH.
Laut kemerah merahan di sekitar Kuantan disiasat
Subscribe to:
Comments
(
Atom
)